Pada bulan Disember tahun 2000, Allan Harris telah dilantik sebagai jurulatih skuad bola sepak Malaysia menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis. Allan Harris bukan nama yang begitu asing dalam persada bola sepak antarabangsa. Beliau merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad Barcelona dan baginya mengendalikan skuad bola sepak Malaysia bukanlah sesuatu tugas yang begitu sukar. Setelah beberapa tahun mengendali skuad kebangsaan Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali skuad kebangsaan Malaysia bukanlah semudah yang beliau sangkakan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Dalam pada itu, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negara.
Beliau juga ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala pembangunan pemain-pemain remaja diletakkan atas kendalian beliau.
Beliau berjaya membantu skuad Malaysia mendapat pingat perak dalam kejohanan Sukan SEA pada 2001, namun media tempatan begitu jelas mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang jurulatih professional. Kritikan tersebut telah membebankan lagi tugas beliau selaku jurulatih skuad bola sepak Malaysia dan akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia tewas kepada China 0-4 dalam kelayakan Piala Dunia 2006.
Beliau sempat memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan dengan menyelar pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu
No comments:
Post a Comment